Pelancongan

Kg Pegoh terletak berhampiran dengan bandar Alor Gajah yang berjarak 1km sahaja. Di bandar Alor Gajah, terdapat beberapa tarikan pelancongan seperti Dataran Alor Gajah dan Muzium Adat. Kawasan pelancongan yang paling popular di Alor Gajah adalah A'Famosa Resort yang terletak Simpang Ampat. A'Famosa Resort sememangnya popular didalam bidang pelancongan, dimana ianya mendapat kunjungan pelancong yang amat baik. A'Famosa Resort menyediakan perkhidmatan pelancongan dan riadah yang baik untuk pelanggan mereka dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan kawasan riadah untuk pengunjung. Di antara kemudahan yang disediakan seperti taman tema air, mini zoo, hotel, padang golf, taman riadah dan pelbagai lagi. Tambahan juga, bersebelahan A'Famosa Resort telah mempunyai bangunan membeli-belah yang dikenali sebagai Melaka Premium Outlet (MPO) atau dengan nama lain ialah Freeport A'Famosa Outlet. Di sini terdapat pelbagai jenama terkenal bagi beg tangan, jam , baju, minyak wangi dan sebagainya.