Kemudahan Asas

Kemudahan asas yang terdapat di Kg Pegoh dikatakan amat baik, dimana pihak pentadbiran bekerja keras untuk memastikan keperluan kemudahan asas bagi setiap penduduk mencukupi. Kemudahan asas yang disediakan adalah seperti jalan raya dua hala yang berturap, kemudahan elektrik dan air bagi setiap rumah, tempat beribadat seperti masjid dan surau, sekolah rendah, kawasan riadah dan bersukan, dewan balairaya dan pelbagai lagi untuk kemudahan penduduk kampung. Dan terdapatnya Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pegoh, ini telah membantu penduduk kampung dan setempat untuk mendapatkan kemudahan internet lebih mudah dan cepat. 

Antara kemudahan lain yang terdapat di kawasan Kg. Pegoh ini antaranya ialah Kedai runcit bersebelahan dengan PEDi Kg. Pegoh, Sekolah Rendah Kebangsaan Pegoh yang berhadapan PEDI Kg. Pegoh, SRA JAIM Kg. Pegoh, TABIKA KEMAS , bengkel kereta, kedai makan dan beberapa kemudahan lain yang terdapat di sini.