Kampung Pegoh merupakan sebuah perkampungan kecil di daerah Alor Gajah, Melaka. Berhampiran kawasan Kampung Pegoh, terdapat kawasan industri berat antaranya Kilang Pembuatan Kereta Honda. Untuk ke Pekan Tampin, pengguna akan melintasi kawasan Kampung Pegoh. Sekiranya pengguna lebuhraya utara selatan ingin ke kampung pegoh, pengguna lebuhraya boleh susur keluar melalui Tol Simpang Empat / Alor Gajah. 

Kampung Pegoh terletak dibawah DUN GADEK (N7) dibawah Ahli Undangan Negeri YB P. Shanmugam A/L V. Pitchay dan Parlimen Alor Gajah (P.135) di bawah Ahli Parlimen YB Tuan Haji Adly Bin Zahari.

Berdasarkan dari sumber penduduk Kampung Pegoh, mengikut sejarah terdahulunya kawasan ini merupakan kawasan hutan belukar. Kampung Pegoh terletak diantara Kampung Paya Datuk, Kampung Jelatang dan Kampung Pulau Sebang.

Nama Kampung Pegoh diperoleh daripada bunyi seekor burung yang ketika itu didengari oleh penduduk penempatan terawal yang membuka kawasan kampung pegoh ini. Sehingga sekarang, nama Kampung Pegoh ini telah diguna pakai. 

Pekan berhampiran Kampung Pegoh adalah Melekek, Alor Gajah, Kelemak dan Gadek.