Sejarah Kg Pegoh

Pegoh ialah sebuah pekan kecil di daerah Alor GajahMelaka. Kawasan Perindustrian Pegoh terletak berhampiran pekan ini.

Berdasarkan dari sumber penduduk Kampung Pegoh, dahulunya kawasan ini merupakan kawasan hutan belukar. Kampung Pegoh terletak diantara Kampung Paya Datuk, Kampung Jelatang dan Kampung Pulau Sebang. Nama Kampung Pegoh diperoleh daripada bunyi seekor burung yang ketika itu didengari oleh penduduk penempatan terawal yang membuka kawasan kampung pegoh ini. Sehingga sekarang, nama Kampung Pegoh ini telah diguna pakai. 

Pekan berhampiran Kampung Pegoh adalah Melekek, Alor Gajah, Kelemak dan Gadek.

 

 

Sumber :

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pegoh

2. Penduduk Kampung Pegoh

3. http://jazlijoe-nostalgiakotakhati.blogspot.my/2009/01/al-kisah-alor-gajah.html