Kesihatan
Kemudahan kesihatan yang terdapat di komuniti adalah seperti
klinik desa dan Hospital Alor Gajah. Ini memudahkan komuniti mendapat
rawatan yang sepatutnya dengan baik dan cepat kerana kedudukan pusat
kemudahan berikut hampir dengan penempatan komunititi setempat.
Selain itu , pertubuhan NGO kerap mengadakan program kesihatan dengan kerjasama
Jabatan Kesihatan seperti pemeriksaan kesihatan, program derma darah dan sebagainya.
Oleh demikian, komunitit setempat mendapat manfaat daripada aktiviti yang dijalankan
dari masa ke semasa.