Virus COVID-19 tersebar melalui titisan cecair yang keluar apabila individu yang telah dijangkiti batuk, bersin, menyanyi atau bernafas.

Varian mutasi berganda, Varian Delta pula dilaporkan boleh merebak melalui udara dalam 15 saat.

Risiko lebih tinggi jika kita berada di tempat yang mempunyai sistem pengudaraan dalaman yang kurang baik seperti tempat tertutup kerana virus itu boleh berada di ruang sekeliling untuk seketika.

Pemakaian pelitup muka boleh melindungi diri anda dan orang lain.

Pelitup muka berganda amat digalakkan jika berada di tempat tertutup dan ramai orang.

 

#COVID19

Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia